Thursday, December 08, 2011

Puisi buat Adam.



Dari Hawa Buat Adam.





Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di Syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasi kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih daripada satu
tetapi tidak lebih dari empat pada suatu waktu.

Adam,
Kau sebenarnya iman dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu,
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar,maka benarlah aku.
Jika kau lalai,lailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan,nafsumu satu.
Aku...akalku satu,nafsuku beribu!
Dari itu Adam,pimpinlah tanganku,
Kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah.
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu,
agar menerangi hidupku.
Tiuplah riuh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenah mu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabt,
Masih segan mencegah mungkar,maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri,
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu....




P/S::pintaku untukmu.