Friday, December 09, 2011

Akhir Zaman.

Salam Jumaat.


Aku baru pulang dari membeli serba sedikit barang keperluan di pasaraya.semasa perjalanan pulang ke rumah,aku nampakla sekumpulan mamat2 bangladesh+pakistan etc.mereka ni semua sanggup berjalan kaki sejauh 2 kilometer semata-mata nak pergi masjid bagi menunaikan solat Jumaat yang sememangya wajib untuk orang lelaki.

Aku rasa macam sedih la tengok mereka ni semua.tengah panas pon sanggup jalan kaki dalam jarak yang jauh untuk menunaikan perintahNya.

Tetapi aku rasa malu dengan orang lelaki melayu yang semestinya Islam masih ramai yang tak pergi sembahyang Jumaat.Mamat bangla tu berpusu-pusu pegi masjid melayu ni berpusu-pusu pegi buat date kat shopping complex.

Yang si awek ni pulak berkepit je dengan si lelaki.suka benornya tengok pakwe tak gi solat jumaat.kalu aku clash terus la.Tak kurang yang muda,yang tua-tua pon masih ada yang tak pegi sembahyang Jumaat.apa nak jadi la pakcik oiiii.Hayya!!

Kalau kat Terengganu ni ha,Mydin memang bukakla orang azan bila sampai tengah hari tu.tapi ramai yang pekak agaknya.nak kata musafir,ramai benornya.tak logik langsung.


Kawan aku pernah la buat-buat azan bila dia nampak couples yang tengah date.dia pon jeritla. sembahyang wei!!dalam nada perli la.biar malu.padam muka.sakit mata tengok.Khatib duk baca khutbah kat masjid.dia dok baca khutbah kat awek.Ceh!


Rasulullah s.a.w yang telah bersabda bahawa mereka yang tidak melakukan solat Jumaat selama 3 kali berturut-turut bukanlah seorang Islam.

P/S::buat saudara Islam sekalian.